Salam to all
blogger'z..
Heh. Minggu lepas 3 match hangit melanda Malaysia, Ghana, Morocco dan England. Apapun tahniah kepada Nogori Sembilan, Arsenal dan Chelsea. Kita mulakan ulasan kita dengan match yang melanda Malaysia, Ghana dan Morocco dahulu. Ceh, macam pengulas sukan hangit kita Haji Hasbullah Awang plak.
Piala Malaysia
Negeri Sembilan 3 - 1 Kelantan
Heh, aku tidak tgk sangat match ini. Letih baru lepas pergi duda party la katakan. Walaupun aku anak jati Kelate, tapi terus terang aku katakan mentaliti penyokong Kelate masih di tahap kurang memberangsangkan. Nasib baik, stadium bukit jalil tak terbakar. Lain kali, suruh Kelate beli mamat Cesc Fabregas ni. Baru selamat duit Kelate dari membayar denda dan dilaburkan kepada beliau. Aku sebagai Engineer yang tidak educated ingin mencadangkan FAM memasang seat yang boleh dicabut untuk dibaling dan dipasang kembali serta fire resistant yang tinggi.
EPLArsenal 4 -1
WolvesBaru sahaja kita menyebut tentang beliau, Inchik Cesc Fabregas telah bergaya menjaringkan gol untuk Arsenal dan melakukan assistant manager kepada Inchik Arshavin untuk gol ke-empat Arsenal. Apepun tahniah kepada Arsenal mengassistkan gol untuk pemain pemain Wolves ke gawang Wolves sendiri. Namun, harus diingat Arsenal mempunyai mentaliti yang lemah sehingga suka bagi lawan untuk bolos.
Chelsea 1 - 0 Man.United
Heh, ini baru syok. Selepas kehilangan tonggak umpama merpati putih patah sayapnya di udara iaitu Christiano Ronaldo. Man.United skrang bermain hanya untuk seri barangkali terutama di minit minit terakhir. Apepun, Obertan mempunyai skill yang berkaliber serta perlu diasah hingga tajam. Heh, John Terry apepun Man of The Match. Apepun, Pak Ferguson perlu lebih meningkatkan ilmu bersabar dari mengutuk pengadil perlawanan. Apa kata Pak Ferguson ambik kursus pengadil?
p/s: bukan mahu memperli sesiapa, cuma mahu berkongsi maklumat. segala makian yang akan diterima adalah muktamad.
by
mr.panda
~